Tips Mengenali Pendrive Tiruan

 On Isnin, 3 Februari 2014  

Salam
Dulu aku aku pernah buat entri tentang pengalaman aku terbeli pendrive tiruan dari China. Rugi jugalah aku RM25 disebabkan peristiwa itu. Memang jumlah yang kecil tapi dengan RM25 tu pelbagai perkara boleh dibuat, sepertimembeli domain baru. Jadi, untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya, aku nak memberi beberapa tips mudah untuk mengenali sama ada pendrive yang nak dibeli itu asli atau tiruan.
Mengenali pendrive tiruan
Pen Drive 128GB tiruan
1. Perhatikan Harganya
Satu cara mudah yang mengenali pendrive tiruan ini adalah dengan melihat kepada tanda harganya. Jika pendrive tersebut dijual dengan harga yangmurah, tak munasabah serta tak masuk akal kebarangkalian pendrive itu adalah tiruan. Contohnya, pendrive berkapasiti 128GB original tidak mungkin dijual dengan harga serendah RM25. Kalau anda buat kajian atau semakan di laman web jualan seperti ebay atau amazon, harga pendrive 128GB ini adalah di antara RM220 – RM260. Jadi, mula – mula tengok harganya dulu ya.
2. Periksa Keadaan Fizikal
Pendrive tiruan ini juga boleh dikenal pasti dengan melihat keadaan fizikalnya. Pendrive original fizikalnya lebih kukuh dan solid. Tulisan jenama pendrive original juga tampak lebih cantik. Pendrive original juga mempunyai packaging yang lebih kemas. Sementara pendrive tiruan fizikalnya nampak tidak kukuh, ringan dan seakan – akan kosong. Kadang – kadang terdapat kesilapan ejaan pada jenama pendrive tersebut contohnya seperti Kingston dieja menjadi Kinston.
3. Uji Sendiri Pendrive Tersebut
Bagaimana pula kalau dah beli pendrive, tapi tak tau original ke tiruan? Anda boleh tahu dengan cara buat beberapa ujian terhadap pendrive tersebut. Antaranya adalah:
a. Semak kapasiti pendrive tersebut. Terdapat pendrive tiruan berkapasiti 128GB tetapi apabila disemak kapasiti sebenar hanya 16GB sahaja.
b. Cuba pindahkan beberapa fail pelbagai format ke dalam pendrive tersebut. Jika pendrive tiruan, kebanyakkan fail yang dipindahkan akan rosak atau corrupt dan menunjukkan saiz fail tersebut sebagai 0 byte sahaja.
c. Cuba format pendrive berkenaan. Pengalaman aku guna pendrive tiruan ni adalah ianya tidak boleh diformat langsung.
Kebiasannya anda akan dapat mengesan pendrive itu sama ada original atau tiruan setelah melakukan ujian – ujian di atas. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pendrive tiruan, anda boleh baca satu artikel mengenainya diAmanz.my
Diharap dengan artikel ini, anda akan dapat mengelakkan diri anda daripada terbeli pendrive tiruan yang sudah pasti merugikan poket anda.
http://doulnut.com/blog/tips-mengenali-pendrive-tiruan/
Tips Mengenali Pendrive Tiruan 4.5 5 mazlan sumpit Isnin, 3 Februari 2014 Salam Dulu aku aku pernah buat entri tentang pengalaman aku terbeli  pendrive tiruan dari China . Rugi jugalah aku RM25 disebabkan perist...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back to top

×